|
PENGETUA

Klik di sini
untuk mendengar ucapan Pengetua
Keperluan sistem : Mesti mempunyai
RealPlayer, muat turun klik butang di bawah

SETITIS
TINTA PENGETUA
Assalamualaikum wmt dan salam sejahtera,
Alhamdullilah setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadhrat
Allah swt atas limpah inayahNya, Laman Sawang Sekolah Menengah
Kebangsaan Berangan ini mampu dihasilkan dengan jayanya, meskipun
sekolah ini baru memasuki tahun ketiga beroperasi.
Tahniah dan syabas kepada seluruh tenaga Pengendali Laman dan
jawatankuasanya yang bertungkus-lumus menghasilkan Laman Sawang ini
dengan penuh komitmen dan semangat kerja yang tinggi. Saya yakin dan
percaya tanpa kesungguhan dan tumpuan yang penuh dedikasi sudah
pasti segalanya tidak mampu disaksikan seperti hari ini.
Saya benar-benar berharap dengan terhasilnya Laman Sawang
kita ini, sudah tentu ia menjadi sumber info-terkini kepada warga
dalaman sekolah dan seluruh tenaga pendidik tanahair juga tidak
keterlaluan ke peringkat antarabangsa sekalipun bagi mengikuti
maklumat dan perkembangan mutakhir sekolah menerusi internet sebagai
E-majalah.
Suatu perkembangan yang bergerak selari dengan era teknologi
informasi Pendidikan Negara.
Semoga dengan apa yang dihasilkan ini, menjadi suatu titik
mula kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan untuk bergerak
seiring dengan sekolah yang lain dalam menuju mercu kegemilangan
globalisasi pelajaran tanpa sempadan. Insyallah.
Tn Hj Sahiful Bahri Abd Rahman
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan
|