PANITIA
|Bahasa
Melayu|
Bahasa Inggeris|
Panitia Sains
| Matematik
|
Sejarah|
|Geografi
|
Pendidikan
Islam |
Pendidikan Seni |
Kemahiran Hidup |
Bahasa
Arab |
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan|
CARTA ORGANISASI
PENGERUSI
TN
HJ SAHIFUL BAHARI BIN ABD RAHMAN
(PENGETUA)
TIMBALAN PENGERUSI
EN AB
RAHMAN BIN JUSOH
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
KETUA PANITIA
PN. RABIATUL ADAWIAH
ABDULLAH

SETIAUSAHA
PN. ROHANA BT. SAID
AHLI PANITIA
EN. IRWAN OTHMAN
EN. MAHADI YUSOF
EN. ALIAS ISMAIL
PN. NOORMA NOR
EN. WEE CHIEN A/L EH
TEM

Laporan prestasi
mata pelajaran Matematik Tingkatan 3
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2004
Peperiksaan pertengahan tahun 2004 bagi pelajar tingkatan 3 menunjukkan
ada peningkatan berbanding dengan peperiksaan pertengahan tahun 2003.
Kekuatan
Di antara
kekuatan yang dikaji yang membantu meningkatkan pencapaian pelajar ialah:
-
Ceramah-ceramah motivasi yang dianjurkan
oleh pihak sekolah hampir setiap minggu sedikit sebanyak membangkitkan
kesedaran di kalangan pelajar.
-
Pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun ini
merupakan pelajar yang masuk ke sekolah ini dari tingkatan 1 berbanding
pelajar tahun lepas yang diambil dari tingkatan 2 dari sekolah-sekolah
menengah di sekitarnya. Ramai di antara mereka yang mendapat keputusan
5A dan 4A di dalam peperiksaan UPSR.
-
Soalan peperiksaan pertengahan tahun
disediakan sendiri oleh guru matapelajaran berdasarkan tajuk-tajuk yang
telah dipelajari berbanding tahun lepas soalan yang dibeli adalah
berdasarkan format yang disediakan.
Kelemahan
-
Tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh
guru
-
Pelajar malu bertanya guru sekiranya
mereka tidak faham.
-
Pelajar hanya mengharapkan latihan dari
guru sahaja tanpa berusaha untuk membuat latihan sendiri dari buku
rujukan lain.
-
Pelajar tidak bersedia (tidak
mengulangkaji) sebelum menduduki ujian.
-
Bilangan pelajar yang datang berjumpa
dengan guru untuk membincangkan dan menyelesaikan masalah mereka masih
kurang jika tidak dijemput atau diminta berbuat demikian.
-
Pelajar-pelajar yang gagal serta yang
hanya ‘lulus’ memang mempunyai motivasi diri yang rendah kerana faktor
keluarga dan masyarakat sekitarnya.
Rancangan dan
Aktiviti Tahunan Panitia Matematik 2004
Beberapa
strategi dirancangkan telah dan akan dijalankan untuk meningkatkan lagi
pencapaian pelajar dari segi peratusan dan kecemerlangan iaitu:
-
Teknik menjawab soalan peperiksaan
PMR-akan disampaikan oleh Pn. Azlina Omar(Ketua pemeriksa) dari SMK
Kg.Laut pada 31.7.2004 (semua pelajar di wajibkan hadir)
-
Kelas tambahan malam
telah diadakan (untuk kelas- kelas target) selama 2 jam seminggu di
samping kelas tambahan petang.
-
Kem matematik kertas
2-akan diadakan selepas percubaan PMR dalam tempoh satu hari satu malam
pada 13 dan 14 Ogos 2004
-
Kem Kecemerlangan akan
diadakan pada bulan September
-
Klinik Topikal-akan
diadakan pada waktu petang selepas waktu sekolah untuk semua murid.
-
Kelas latih tubi akan
dilaksanakan dalam kelas tambahan sesi petang yang bermula awal bulan
Ogos.
-
Minggu Sains dan Matematik
telah diadakan pada 18 hingga 25 Julai 2004.